Abu di atas tunggul
Kedudukan atau pekerjaan yang tidak tetap, bila-bila masa boleh disingkirkan
Abu di atas tunggul, datang angin terbanglah dia
Kedudukan atau pekerjaan yang tidak tetap
Air basuh tangan
Baang yang mudah diperoleh kerana murah atau kerana sudah biasa
Air di dalam kolam
Orang yang tenang sikap dan tingkahlakunya
Anai-anai makan kayu
Mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan tekun dan rajin
Anak ayam kehilangan ibu
Mengalami kesusahan kerana kehilangan ketua atau pemimpin
Anjing berebut tulang
Oang tamak yang berebut harta dan sebagainya
Anjing buruk kepala
Oang yang sangat dibenci oleh masyarakat
Api dalam sekam
Perbuatan jahat atau dendam yang tersembunyi
Aur atas bukit
Menyerah diri keppada nasib
Aur dengan tebing
Hidup bermuafakat dan tolong menolong
Ayam berak kapur
Keadaan upa yang pucat keana penyakir
Ayam dimakan tungau
Pucat kerana mengidap penyakit, sangat gelisah
Ayam mengeram telur
Merah muka seseorang
Ayam patuk anaknya
Menghukum anak untuk menginsafkannya
Balak terendam
Orang gemuk yang malas bergeak
barang yang disadur
Tidak tahan diuji
Batik lasam
Sesuatu yang semakin lama dimakai, semakin baik
Batu jatuh ke lubuk
Hilang lenyap
Belanda minta tanah
Diberi sedikit, minta lebih banyak
Beliung dengan asahan
Tidak pernah berpisah
Berumah di tepi tebing
Selalu didalam kekhuatiran
Buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang
Sesuatu yang amat disayangi tetapi merosakkan